Thursday, March 19, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat sejahtera :)

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015


Korang tunggu apa lagi? Jom kita join ramai-ramai giveaway ni. Mana lah tau kot-kot ada rezeki korang kan. Hehehe :D


Thursday, March 12, 2015

Lagu suami untuk isteri. Sweet sangat!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat sejahtera :)

You Are The One - Raef

 Lyrics & Melody: Raef 
 Arrangement: Maher Zain 
Video by: Abdulrahman El Abyad

I thought of this before over a million times
Who would've ever thought that it would be our time?
I just know it, 'cause you're the one
It ain't a selfish love, when I'm with you
You remind me of Allah, and so I know it's true
I'll just say it: you are the one

Chorus:
Won't you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, 'cause you're the one for me

I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it, 'cause you're the one
And when times are tough, and we've got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one

CHORUS

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, 'cause you're the one
And when there's gray in our hair and we've not much to do
I want to spend the rest of my days with you...
Oh don't you know it?
You are the one, you are the one
Oh won't you be the one?


Lagu ni special untuk pasangan suami isteri. Sweet sangat! Si suami bolehlah nyanyikan untuk si isteri ye. Bagi isteri awak semua cair, terharu dan gembira. Hehehe :D


Saturday, March 07, 2015

Mok kesayanganku...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat sejahtera :)


Mok, mana kau pergi mok? Aku rindu... Rindu nak tengok kau, rindu nak belai kau, rindu nak dengar suara kau... Teringat aku masa first time kitorang jumpa kau. Kau bagi kitorang sado sangat. Hahaha. Yang tak tahan tu bila dengar suara kau yang nyaring tu. Boleh bawak dalam mimpi aku weh. Heeee. Kitorang jumpa kau that time kau ni sebenarnya kucing jiran sebelah kan. Tapi disebabkan adik aku selalu bawa kau ke rumah, jadi kau pun dah terbiasa datang kat rumah kitorang. Maklumlah, rumah kitorang memang terbuka untuk semua kucing nak tumpang makan.


Bila dah lama kau dengan kitorang, aku pun bagi kau nama Mok. Seriously sesuai sangat dengan kau, nama tu nampak sado. Hehehe. So sejak dari hari tu lah family aku pun dah panggil kau "Mok", "Mok". Haha :D Walaupun kucing kat rumah aku ni dua-dua betina, aku tak kesah if kau jantan pun. Aku tetap sayang kau Mok. Tapi kenapa secara drastik kau jadi makin kurus? Kau dah tak sado macam dulu... Aku risau, aku kesiankan kau. Teringat masa kau datang rumah nak makan, aku tengok kau makin kurus, makan sedih muka kau, makin banyak luka... Sedih aku bila tengok muka kau yang sedih duduk kat luar pintu rumah...


Sejak aku sambung study, aku dah tak dengar lagi khabar pasal kau. Adik aku cakap kau tetiba dah tak datang lagi kat rumah, dah lama kau pergi tanpa khabar... Aku risau, seriously aku risau sebenarnya... Kau ni careless sikit, dah dua kali kau hampir nak kena langgar kereta tau tak. Walaupun aku act macam aku tak suka kau, tapi jauh di sudut hati aku sayangkan semua kucing-kucing aku termasuk kau Mok. Kau lah satu-satunya kucing jantan pertama aku. Mana kau pergi Mok? Baliklah... Aku dah sediakan makanan kegemaran kau. Mak aku cakap mungkin kau dah takde. Mungkin kau kena langgar kereta. Seriously aku tak dapat bayangkan semua ni... Aku rindukan kau Mok. Serious aku rindu kau, nak dengar suara kau. Kalau kau masih ada lagi, baliklah... Aku nak peluk kau. Aku sayangkan kau Mok... Aku nak minta maaf kalau selama aku jaga kau, aku ada terkasar apa-apa ke dengan kau. Harap kau dengar and maafkan aku... Mok, andai kata kau memang dah takde lagi dalam dunia ni, aku harap kau tenang lah disana ya... Syurga lah tempat kau disana. Tunggu aku tau Mok, inshaAllah kita akan jumpa lagi kat sana... Aku sayang kau Mok. Forever in my heart...